Wednesday, April 01, 2015

Get Slimmer Thighs

"Get Slimmer Thighs" 
"Go Starving Trends"
"Garam-Sayur-Témpé"
- mak anon

Aku percaya satu hari nanti
di langit terbangnya anak-anak babi.
Aku percayakan semua ini
lebih dari diri aku sendiri.
Aku percaya Najib baik hati
baik hati, baik hati, baik hati.
Aku percaya Anwar rendah diri
rendah diri, rendah diri, rendah diri
Aku percayakan semua ini.
Kerana mereka itu Dato Seri.
Aku percayakan khidmat GST
mampu membantu sistem ekonomi.
Aku percayakan semua ini
lebih dari diri aku sendiri
Aku percaya Najib baik hati
baik hati, baik hati, baik hati.
Aku percaya Anwar rendah diri
rendah diri, rendah diri, rendah diri.
Aku percayakan semua ini.
Kerana mereka itu Dato Seri.

No comments: